PASIR GUDANG – Mayat seorang bayi lelaki yang ditemui ditinggalkan di luar sebuah pondok pengawal terbiar di Taman Bestari, Ulu Tiram di sini semalam disahkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung berlubang.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd. Aziz berkata, perkara itu disahkan berdasarkan hasil bedah siasat yang dijalankan pihak Hospital Sultan Ismail di sini.
“Bayi itu dipercayai ditinggalkan di kawasan terbabit tidak sampai tempoh 24 jam dan setakat ini ia tiada kaitan dengan unsur jenayah,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut Jokhiri, bayi berkenaan telah dilahirkan kira-kira tiga atau empat hari lalu dan berada dalam keadaan yang sempurna ketika ditemui selain dipercayai dilahirkan di hospital atau klinik swasta. – Kosmo
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW