loading...

Tiga Kawasan Di Selangor Turut Rasai Gegaran Gempa Bumi

SHAH ALAM – Sekurang-kurangnya tiga kawasan di negeri ini merasai gegaran yang berpunca daripada gempa bumi kuat di selatan Sumatera, pukul 9.49 malam tadi.

 

Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penduduk di tiga pangsapuri di Shah Alam, Petaling Jaya dan Kajang antara pukul 8.54 hingga 9.26 malam.

 

“Laporan diterima daripada penduduk di Blok A, Seksyen 26/38 Kampung Baru HICOM, Shah Alam; Flat PKNS Seksyen 7, Petaling Jaya dan Tiara Park Home, Taman Bukit Ria, Kajang.

 

“Setakat ini tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya di sini.

 

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak cemas dan menghubungi pihaknya untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Previous
Next Post »
loading...