Kumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menentang pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dulu bersedia menyokong pendirian pimpinan Pakatan Harapan untuk bekerjasama dengan bekas perdana menteri itu, tetapi bersyarat.
Pengerusi Otai Reformasi Saari Sungib dalam kenyataannya berkata, keputusan dicapai dalam mesyuarat menjelang majlis menandatangani deklarasi yang akan dibuat Dr Mahathir bersama 40 pemimpin ternama petang ini.
Saari berkata, syarat paling utama ialah Dr Mahathir perlu menyokong pembebasan Anwar yang pernah dipenjarakannya satu ketika dulu.
“Dr Mahathir perlu menyokong segala langkah memulihkan sistem kehakiman dan menolak semua akta zalim yang masih diguna pakai,”
Syarat akhir yang dikenakan untuk bersama Dr Mahathir ialah, bekas perdana menteri itu mestilah berusaha mengembalikan hak rakyat termasuk lambang dan identiti keagamaan mereka.
Petang ini di Kuala Lumpur, Dr Mahathir akan bergabung dengan penyokongnya yang masih berada dalam Umno bersama pemimpin parti pembangkang menandatangani deklarasi menuntut Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.
Antara pemimpin Umno yang dijangka menandatangani deklarasi ini ialah bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin dan bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. – M.Insider

Sharnaaz Ahmad Kongsi Sebab Bergaduh Dengan Shukri ...

Lepas 5 Tahun Bercerai Dengan Ahn Jaehyun, Gu Hyes ...

Polis Giat Buru Saki Baki Suspek Kes Bunuh Penguru ...

Saya Pun Naik Darah Banyak Orang Ceroboh Tanah Pa ...