PETALING JAYA – Pengasas Vida Beauty Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman berkata, beliau akan mengikuti jejak pemilik Johor Darul Takzim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang kini giat menjalinkan hubungan kerjasama dengan kelab bola sepak gergasi dunia.
Beliau yang lebih mesra dipanggil Datuk Seri Vida (DSV) menyatakan akan berangkat ke Real Madrid, Barcelona dan juga Manchester United pada 14 Mac ini.
Langkah Hasmiza itu dipercayai bertujuan bagi melihat dengan lebih dekat rekaan dalaman stadium yang digunakan oleh ketiga-tiga pasukan.
“InsyaAllah, saya akan ke Real Madrid, Barcelona, Manchester United,” katanya ringkas
Sebelum ini, Hasmiza yang juga Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyatakan hasrat untuk membalas cenderamata yang akan diberikan oleh Tunku Ismail kepadanya.
“Apa nak beri ya, Pamoga ke?,” ujarnya yang dipetik dari laman portal Mstar.
Kenyataan itu dibuat selepas video Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu membeli cenderamata kepada pasukan pesaing JDT di Sepanyol menjadi viral.
“Saya tidak tahu nak beli apa untuk pasukan Kelantan buat masa ini saya hanya jumpa (kipas merah jambu). Anda pun tahu untuk siapakah ini,” kata TMJ dalam video tersebut. – FMT

Pelakon Lelaki Berdepan Hukuman Penjara 12 Tahun, ...

Treler Kedua Gta 6 Kini Tersedia Dengan Pandangan ...

Gwm Malaysia Lancar Promosi Khas Mei 2025, Ada Taw ...

Giat Buat Rundingan Bersama As, Kerajaan Sasar Sif ...