loading...

Rozana Misbun Maafkan Awie, Tetap Akan Saman

Akibat daripada kecederaannya sehingga menyebabkan patah hidung akibat dipukul oleh bekas suaminya, Awie, Rozana Misbun menyatakan dia akan mengemukakan saman kepada penyanyi tersebut bagi menjernihkan kembali imejnya.

BACA: Awie: Tindakan Rozana Mahu Jahanamkan Saya

“Saya rasa lega bukan sedikit. Permohonan maaf Awie itu jelas membuktikan kebenaran pada pihak saya. Malah selama ini dia melemparkan pula tohmahan dan fitnah tidak berasas kepada saya dalam usaha mengalih perhatian orang ramai terhadap pertuduhannya itu”

“Saya sudah lama maafkan perbuatan Awie tetapi sebagai manusia bukannya mudah untuk kita melupakan sesuatu peristiwa itu lebih-lebih lagi apabila ia mendatangkan kesan yang pahit”

“Saya mahu hidup dengan tenang agar saya dapat besarkan anak-anak saya iaitu Merrah, Rezzki dan Qasseh tanpa perasaan negatif yang boleh mempengaruhi emosi serta tindak-tanduk mereka di kemudian hari,” jelasnya kepada mStar Online

2- Rozana Misbun Maafkan Awie, Tetap Akan Saman - ROTIKAYA

Tambah Rozana, ketika ini dia sedang dalam proses perbincangan dengan peguam untuk meneruskan kes sivil yang berkaitan dalam usaha untuk menuntut ganti rugi begi kecederaan kekal (hidung patah) yang dialaminya.

“Selain itu saman malu akan saya kemukaan terhadap Awie bagi menjernihkan kembali imej saya yang tercalar teruk di mata masyarakat kesan daripada satu demi satu kenyataan buruk serta tidak masuk akal yang dia berikan kepada media selama ini.

Saya mahu selepas ini dia mengunci mulut daripada berterusan mengaitkan saya atau mengaibkan saya lagi dalam hidupnya. Cukup-cukuplah!,” tegasnya lagi. (rtky/s)

Previous
Next Post »
loading...