loading...

“Jadi Bapa Segera Satu Rahmat”

Menyifatkan kehidupannya kini hampir sempurna, pelakon Nas T atau nama sebenarnya, Nas Muammar Zar Nasruddin menyatakan bahawa dia dalam masa yang sama bersyukur kerana menjadi ayah segera setelah mengahwini isterinya, Atita Haris yang juga merupakan seorang ibu tunggal.

BACA: Gambar Majlis Resepsi Nas-T Dan Atita Haris

“Saya rasa sudah meninggalkan jauh kawan yang baharu mendapat anak. Apa lagi yang saya boleh katakan, ia satu rahmat. Dia (Opi) seorang anak yang bijak, manja dan suka menyakat saya. Dia juga selalu meminta saya mengangkatnya, yang secara tidak langsung bagus sebagai sebahagian senaman bahu”

“Saya lelaki yang bertuah memilikinya dalam hidup ini. Saya umpama berada di tempat yang betul pada waktu yang tepat,” jelasnya kepada BH Online.

Sementara itu, Nas-T juga menyatakan bahawa mereka kini berdua sedang sibuk dengan kerjaya dan belum sempat untuk meluangkan masa untuk bercuti bersama-sama. Apa pun, semoga keluarga ini akan terus kekal bahagia hingga ke Jannah. (rtky/s)

1- Jadi Bapa Segera Satu Rahmat - ROTIKAYA 2- Jadi Bapa Segera Satu Rahmat - ROTIKAYA 3- Jadi Bapa Segera Satu Rahmat - ROTIKAYA 4- Jadi Bapa Segera Satu Rahmat - ROTIKAYA 5- Jadi Bapa Segera Satu Rahmat - ROTIKAYA 6- Jadi Bapa Segera Satu Rahmat - ROTIKAYA
Previous
Next Post »
loading...