Enggan berkongsi hajat apa yang didoakan di Tanah Suci ketika mengerjakan umrah bersama ibunya baru-baru ini, Remy Ishak dalam masa yang sama turut menjelaskan apa yang dilalui di sana adalah sangat istimewa dan sukar untuk didapatkan di tempat lain.
BACA: Remy Ishak Nafi Tiru Minyak Wangi Che Ta
“Alhamdulillah, saya rasa seronok. Saya nak cakap pasal benda ni pun ssuah jugak sebab saya rasa kalau orang nak tau perasaan dia, kena pergi kat sana sbb dia adalah satu tempat yang sangat tenang yang membawa kita lebih mengenali agama Islam”
“Saya rasa kat sana dia buat kita lebih dekat mengenang dosa-dosa kita yang telah kita lakukan dalam nak mencari kebaikanlah, untuk hari yang kemudian,” katanya dalam satu temuramah bersama mStar Online.
Tambah Remy, dia sanggup menolak sebarang tawaran kerja ketika diberi peluang untuk menunaikan umrah bersama ibu kerana perkara tersebut telah lama dihajatkan di hati. Selain itu, Remy juga menyatakan dia menyerahkan soal jodoh kepad Tuhan. (rtky/s)