loading...

Menteri Kesihatan Salahguna Kuasa- R. Ramanan

KUALA LUMPUR: Satu laporan polis bakal dibuat berikutan dakwaan oleh Bekas Bendahari Agung MIC, Dato’ R. Ramanan kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam akibat dari penyalahgunaan kuasa.

 

Penyalahgunaan kuasa itu melibatkan penggunaan kakitangan kerjaan untuk kepentingan peribadi dakwa R. Ramanan.

 

“Ini bukan kali pertama, sebelum ini dia juga telah menggunakan kakitangan kementerian untuk kepentingan peribadinya semasa pilihanraya MIC iaitu pada 6 november lalu.

 

“Dia guna kakitangan kerajaan untuk sebarkan dia punya calon, mana boleh guna kakitangan kerajaan untuk berkempen untuk kita.” katanya.

 

Katanya lagi, kakitangan kerajaan sepatutnya hanya digunakan untuk tujuan urusan yang melibatkan kerajaan dan kementerian.

 

“Kakitangan kerajaan adalah untuk kegunaan kerajaan dan kementerian, Itu kementerian kesihatan bukan kementerian Subramaniam.”

 

Menurut beliau lagi, laporan terhadap Datuk Seri Subramaniam akan dibuat dalam minggu ini dan beliau mahu Datuk Seri Subramaniam menjawab semua tuduhan yang telah saya lakukan sekiranya tidak beliau akan mengangap beliau sebagai menteri ‘bodoh’.

 

“Lebih baik dia buka mulut, dan jawab semua tuduhan saya, sebab lepas ini jika saya dah buka mulut lagi teruklah dia.

 

“Dia ini menteri bisu, menteri biadap dan bodoh jadi dia harus jawab.” ujarnya.

 

Dalam pada itu, beliau turut mendakwa bahawa Menteri kesihatan itu tidak menjadikan masalah yang dialami dibeberapa hospital sebagai keutamaan tetapi hanya mementingkan masalah peribadinya.

 

“Walaupun hospital disana banyak masalah, tapi ia bukan perkara yang penting buat Subramaniam, tapi isu Subramaniam ialah dia mencari cara bagaimana dia nak suruh kita semua diam.” katanya.

 

Berikutan daripada ini, beliau mendakwa mungkin wujud konspirasi di dalam MIC.

 

“Tiada sebarang konspirasi dalam UMNO tapi ada konspirasi yang teruk dalam MIC yang disebabkan oleh Subramaniam.” ujarnya kepada pemberita tadi.

 

Terdahulu, Datuk Seri Subramaniam telah membuat laporan terhadap Dato’ R. Ramanan kerana  komen yang dikeluarkan terhadapnya.

 

 

Previous
Next Post »
loading...