loading...

Mahkamah Sahkan Adira, Suami Nikah Ikut Syarak

Pasangan yang pernah bernikah secara berpoligami di Songkhla, Thailand pada 3 Disember tahun lalu, Adira Suhaimi dan suami, Datuk Seri Adenan Abu kini telah diisytiharkan sah oleh mahkamah.

BACA: Gambar Resepsi Adira AF Dan Suami Di Sabah

Menerusi Berita Harian, Mahkamah Tinggi Syariah hari ini telah mengesahkan pernikahan mereka selepas Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab meneliti dan berpuas hati dengan semua keterangan, hujahan bertulis serta bukti pernikahan yang dikemukakan pasangan itu.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan pasangan itu mendaftar pernikahan mereka di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bagi mengesahkan status mereka.

Sebelum itu, Adira dan suami yang diwakili peguam Syarie Irsamuddin Ikhsan telah menfailkan permohonan pengesahan nikah secara berpoligami di luar negara di Mahkamah Tinggi Syariah pada 8 Januari lalu. (rkty/w)

10608111_188393104867916_1608154734_n 10608142_835603979901176_335354514_n 12080610_1691107611122928_142387589_n 12519212_937087626361050_1088289430_n 12556004_1562310700756026_2032035650_n 12728686_1567556720231232_892538972_n
Previous
Next Post »
loading...