SHAH ALAM – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyesali perbuatannya yang bertindak memaksa bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri, sebelum ini.
Beliau berkata, disebabkan tindakannya itu, akhirnya memakan diri apabila telah membuka peluang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak memiliki jawatan sebagai menjadi Perdana Menteri.
“Saya lihat situasi keadaan Barisan Nasional (BN) ketika itu agak lemah. Tidak dapat menguasai kerusi 2/3 di parlimen ketika Pak Lah (Tun Abdullah) menjadi perdana menteri. Maka daripada situ kita meminta Pak Lah letak jawatan. Saya tidak pernah dengar suara daripada sesiapa pun mengatakan bahawa saya harus dipecat.
“Dan tidak ada suara juga pada ketika itu mengatakan bahawa ini adalah usaha untuk menumbangkan kerajaan. kerana yang kita minta ialah supaya perdana menteri turun, dan diganti oleh perdana menteri yang baharu.
“Menyesal saya. Waktu itu kita tengok molek-molek belaka (mengajuk dialek Kelantan – indah semuanya), tiada benda yang luar biasa,”katanya di Kongres Rakyat Gerakan Selamatkan Malaysia.
Terdahulu, sekurang-kurangnya 1,000 hadirin yang menghadiri kongres tersebut.-SuaraTV