loading...

Lelaki Dihalau Dari Kapal Terbang Kerana Penggera ‘Azan’

KUALA LUMPUR – Seorang penumpang lelaki melalui detik malang apabila dihalau keluar dan dinafikan hak menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan EasyJet gara-gara penggera telefonnya mengeluarkan bunyi azan.

 

Lelaki British yang beragama Islam itu, Laolu Opebiyi, 40, dari London berkata disebabkan perkara tersebut, beliau ditarik keluar dan terpaksa menyerahkan telefon bimbitnya kepada pasukan keselamatan lapangan terbang untuk siasatan lanjut.

 

Insiden tersebut bermula apabila seorang penumpang Kristian kelahiran Nigeria yang duduk di sebelahnya menyedari Opebiyi adalah seorang muslim yang berkemungkinan

seorang pengganas dan segera merujuk kepada kru penerbangan.

 

“Seorang lelaki yang tidak mengenali saya, dalam masa dua minit dia terus menghakimi saya,” Opebiyi dipetik berkata kepada portal TheGuardian.

 

“Walaupun saya seorang Muslim, ia agak tidak adil melayan saya sedemikian. Saya tidak fikir sesiapa sahaja, tanpa mengira agama mereka perlu dilayan dengan cara sedemikian,” ujarnya kesal.

 

Detektif yang menyiasat insiden itu kemudiannya mengesahkan Opebiyi tidak terbabit dalam mana-mana aktiviti keganasan namun juruterbang EasyJet enggan membenarkan lelaki tersebut kembali ke pesawat tersebut.

Previous
Next Post »
loading...