loading...

Deklarasi Rakyat Merosakkan Nama Baik Tun Mahathir – Jamal Yunos

SHAH ALAM: Pengerusi Gabungan NGO-NGO Negeri Selangor, Dato’ Jamal Yunos sebulat suara menolak Deklarasi Rakyat yang melibatkan Tun Mahathir bersama parti-parti pembangkang dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

 

Menurut Beliau, tindakan Tun Mahathir menyertai Deklarasi Rakyat ini hanya akan merosakkan nama baik beliau sahaja kerana ia secara langsung menunjukkan bahawa apa yang diperjuangkan selama 22 tahun ketika memerintah negara adalah tidak relevan dengan apa yang diperjuangkan ketika ini.

 

“Kenyataan Mahathir ketika Deklarasi Rakyat ini nyata bercanggah dengan kenyataan beliau ketika memerintah selama 22 tahun dahulu.”

 

“Tindakannya ini ternyata hanya mencemarkan  nama baik beliau sahaja” katanya ketika sidang media tadi.

 

Katanya lagi, NGO-NGO yang terlibat dalam gabungan ini seperti PEKIDA, Persatuan Kebajikan Melayu Klang (PKMK), Persatuan Perniaga, Persatuan Anak-Anak Polis Selangor dan beberapa buah NGO lain ternyata tersinggung terhadap tindakan Tan Sri Muhyiddin dan Dato’ Seri Mukhriz yang berkomplot dengan pihak pembangkang dan ternyata Deklarasi Rakyat itu hanya bermotifkan kepentingan peribadi sahaja.

 

“kami juga kesal dan tersinggung terhadap muhyiddin dan mukhriz dan beberapa orang tokoh UMNO yang bersekongkol dengan pembangkang DAP khusus terhadap melayu dan islam.

 

“kami menolak sekeras-kerasnya Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh Tun Mahathir bersama kuncu-kuncunya kerana ia tiada asas kepentingan rakyat dan negara dan ianya lebih bersifat mencari jalan pintas ke Putrajaya.” ujar beliau.

 

Disebabkan tindakan Tun Mahathir ini, Gabungan NGO Negeri Selangor ini mendesak agar semua jawatan Tun Mahathir dilucutkan.

 

” kami juga ingin mendesak supaya Tun Mahathir  dipecat dari jawatan-jawatan yang disandang oleh beliau di Petronas, Proton, Yayasan Kepimpinan Perdana dan lain-lain agensi berkaitan kerajaan persekutuan.” katanya.

 

Dalam pada itu, beliau turut bercadang untuk mengumpulkan NGO-NGO di seluruh Malaysia seramai 5000 pertubuhan untuk menyatakan bantahan terhadap Tun Mahathir dalam waktu yang terdekat.

 

 

Previous
Next Post »
loading...