Kuala Lumpur – Aktivis pembangkang, Ali Abd Jalil yang kini mencari perlindungan suaka politik di luar negara menyifatkan pemimpin di negara ini sebagai jahat ekoran isu-isu yang sedang melanda ketika ini.
Ali tanpa menyebut sebarang nama pemimpin yang dimaksudkan itu berkata, kejahatan yang dilakukan itu sama seperti Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.
“Siasatan dari Wall Street Journal mendapati lebih 1 billion USD di deposit ke akaun peribadi Najib, bukan 681 juta USD
“Orang luar gelakkan kerajaan Malaysia, bagaimana polis dan mahkamah dipergunakan untuk selamatkan pemimpin rasuah dan penipu.. Imej Malaysia makin teruk kerana pemimpinnya jahat, macam sultan Johor” tulisnya di akaun Facebook semalam.
Terdahulu Ali turut menuduh Sultan Johor sebagai seorang penjenayah yang dilepaskan bebas tanpa tindakan.
Tinjauan SuaraTV mendapati majoriti pengguna Facebook mengecam dan menyelar kritikan ‘pedas’ yang dilemparkan itu.
Ali melarikan diri ke luar negara bagi mengelak dari dibicarakan di bawah Akta Hasutan 1948 berikutan kenyataan sebelum ini yang mencerca Sultan Selangor dan Kerabat Di Raja Johor.
Pelariannya ke luar negara itu dikatakan truut mendapat bantuan kewangan daripada beberapa NGO pro-pembangkang seperti Suaram, Lawyers for Liberty, Sisters In Islam dan lain-lain. – SuaraTV