PETALING JAYA – Wanita dalam lingkungan umur 35 hingga 45 tahun paling banyak menjadi mangsa penipuan cinta siber, menurut polis.
Pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, ASP Mohd Syafiq Jinuin Abdullah berkata polis telah menerima lebih 1646 kes penipuan cinta siber, menurut statistik 2015.
Daripada jumlah itu, sebanyak 65% adalah wanita.
“(Penjenayah) menggunakan media sosial dengan meletakkan gambar yang tampan dan cantik (dalam media sosial),” katanya, di majlis meraikan Hari
Beliau dijemput selaku panel dalam wacana itu. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Assisten Komisioner Mohd Zani Che Din turut hadir di majlis.
Berdasarkan data polis, pemangsa mengambil kesempatan diatas perasaan sunyi dan masalah rumah tangga yang dialami mangsa.
“(Untuk menipu wanita) Dia (penjenayah) akan memuji perempuan dalam cinta siber,” katanya.
Polis menganggarkan sebanyak RM56 juta kerugian dialami oleh mangsa kes penipuan cinta siber setakat tahun lalu. – FMT

Pati Tiada Lesen, Tapi Miliki Kenderaan Dan Berani ...

Arsenal Ajar Real, Rice Ledak Dua Sepakan Percum ...

Thai Cops Nab Malaysian Suspect In Hat Yai Gold Sh ...

Warga Emas Malaysia Ditangkap Polis Thailand, Romp ...