loading...

Pecat Tun Mahathir!

KUALA LUMPUR: Pengerusi Kelab Naib Ketua UMNO Bahagin 1 Malaysia Datuk Mohd Anuar Mohd Yunus serta ahli Kelab tersebut  bersepakat melafazkan sumpah taat setia kepada Perdana Menteri Malaysia  dan mahukan Tun mahathir dilucutkan jawatan serta merta.

 

“Kami dengan ini mengesa kerajaan, dengan kuat kuasa serta merta, menggunakan kuasa kawalannya keatas syarikat GLC berkenaaan untuk melucutkan jawatan Tun Mahathir selaku Pengerusi Yayasan Kepimpinan Perdana, Penasihat Petronas dan Pengerusi Proton.” katanya.

 

Ini berikutan tindakan Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin dan Dato’ Seri Mukhriz bersekongkol dengan pihak pembangkang serta pihak yang memperjuangkan hak LGBT adalah bersifat ‘khianat’ dan tidak menghormati kedaulatan negara, bangsa dan agama.

 

“Kami berpendirian bahawa persekongkolan Tun Dr. Mahathir, Tan Sri Muhyiddin dan Dato’ Seri Mukhriz yang sanggup berada sepentas bersama para pemimpin parti-parti pembangkang khususnya DAP yang dahulunya pernah mencaci dan mencela mereka semasa kerjayanya dahulu yang berteraskan perjuangan Malaysian Malaysia secara tradisinya menentang setiaap elemen serta institusi berciri Melayu atau Islam.

 

“Lebih memualkan adalah persekongkolan dengan para aktivis dan teraju NGO yang merupakan komponen BERSIH, COMANGO DAN SURAM  yang antara lainnya memperjuangkan kebebasan amalan murtad, kesaksamaan LGBT, pemansuhan jenayah syariah serta penghapusan hak istimewa keperlembagaan orang Melayu adalah satu bentuk pengkhianatan nyata kepada setiap jaluran asas dan prinsip perjuangan UMNO.” katanya kepada wartawan petang tadi.

 

Dalam pada itu, beliau juga turut berpendapat bahawa tindakan Tun Mahathir serta kumpulannya  menyertai Deklarasi Rakyat adalah tidak relevan kerana mereka tidak mempunyai kuasa dalam menentukan hala tuju gabungan tersebut dan yakin bahawa tindakan mereka itu akan menemui kegagalan.

 

“Kami mengecam dan menolak sekeras-kerasnya segala bentuk penglibatan mantan, pemimpin semasa serta para ahli UMNO yang sanggup bersetuju, bersekutu dan menurunkan tandatangan keatas sebuah dokumen yang kononnya bersifat Deklarasi Rakyat berjudul ‘Selamatkan Malaysia’ pada 27 Febuari 2016.

 

“Kami tidak yakin bahawa Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin dan Dato’ Seri Mukhriz tidak mampu menguasai atau menentukan hala tuju gabungan kepelbagaian idealism songsang tersebut.

 

“Bah kan kami penuh yakin kelompok ‘Desperado’ yang menongkah arus perjuangan UMNO ini akan tenggelam dan lemas dalam pukuln badai yang direncanakan olehgerombolan majoriti yang nyata anti UMNO, anti Barisan Nasional dan anti Islam.” ujarnya.

 

Sehubungan dengan itu, satu memorandum telah diserahkan kepada Azwan Aziz yang merupakan Ketua Setiausaha UMNO yang mewakili Setiausaha Agung Malaysia bagi menyatakan pendirian mereka terhadap isu ini.

 

Dalam Majlis tersebut, seramai 80 orang ahli turut hadir bagi menyatakan sokongan terhadap penyerahan memorandum tersebut.

 

 

Previous
Next Post »
loading...