loading...

Zuckerberg Gaji 16 Pengawal Peribadi

LOS ANGELES – Jutawan Facebook Mark Zuckerberg kini mempunyai 16 pengawal keselamatan peribadi di kediamannya susulan pelbagai ugutan daripada pengguna yang kurang stabil, lapor sumber Page Six.

 

“Dia ada ramai pengawal peribadi di rumahnya begitu juga beberapa jutawan teknologi lain di sekitar bandar sama yang turut menambah jumlah pengawal dalam diam,” kata sumber di Palo Alto, California.

 

Kami dengar semua 16 pengawal Zuckerberg tidak bertugas sekali gus, sebaliknya mengikut syif. “Anda mendekati ratusan juta

manusia.

 

Semua Ketua Pegawai Eksekutif menerima ugutan dan mereka mengambil serius perkara itu,” kata sumber dari Lembah Silikon mengenai landskap sebenar dunia digital.

 

Sumber itu turut menegaskan Facebook menjadi antara penyebab utama putus cinta dan perceraian yang boleh mencetus rasa marah dikalangan pengguna yang menyalahkan laman web ini.

 

Sementara itu, peguam The American Academy of Matrimonial, berkata Facebook mempunyai kelebihan sebagai bukti perceraian dalam talian yang tiada taranya. – Agensi


Previous
Next Post »
loading...