loading...

Video: Bodoh, Bangang Punya Polis Trafik Kata Penceramah Agama

Kuala  Lumpur – Tindakan anggota polis trafik yang menangkap gambar bagi mengesan kenderaan yang membawa melebihi had laju yang ditetapkan telah kemarahan seorang penceramah agama yang marah.

 

Beliau yang berang dengan tindakan tersebut menyifatkan anggota polis trafik yang menjalankan tugas itu sebagai bodoh dan bangang.

 

 

“… (buat) ‘road-block’ polis tak sembahyang, bodohnya punya polis… kadang hari Jumaat buat ‘speed-track’ bodohnya punya polis trafik.

 

“Semalam aku nak datang sini ceramah, di lebuhraya polis trafik punya bodoh dia pergi ambil ‘speed-track'” katanya ketika menyampaikan kuliah agama tersebut” katanya melalui klip video yang dikirimkan oleh pembaca SuaraTV.

 

Menurut penceramah tersebut tindakan tersebut adalah bertentangan dengan hukum Islam dan gaji yang diperolehi oleh anggota polis trafik yang tidak menunaikan solat jumaat adalah haram.

 

“Hari Jumaat engkau (polis) boleh jaga negara, cuti daripada sembahyang sekiranya ada rusuhan atau ada bab yang menggangu ketenteraman negara.

 

“Tapi kalau saja-saja nak ambil ‘speed-track, nak buat road-block yang tak ada unsur atau bersanggkutan dengan undang-undang maka haram gaji pada hari itu, faham (macam mana) nak bagi makan pada anak bini… sebab itu anak-bini (polis tarfik) tak boleh jadi orang alim dan soleh kerana unsur yang masuk (dalam badan) dari duit haram,” katanya lagi dengan nada yang marah.

 

SuaraTV bagaimanpun tidak dapat memastikan bila dan dimana kuliah agama tersebut diadakan.

 

Sementara itu, rata pengguna media sosial menyifatkan kata-kata nista yang dituturkan oleh pencaramah agama tersebut bukan merupakan sebahagian daripada Islam.

 

Mereka turut menggesa pihak berkuasa segera menjalankan siasatan untuk menangkap penceramah tersebut kerana mengunakan platform agama untuk memfitnah dan menghina anggota polis. – SuaraTV.

 

 

Previous
Next Post »
loading...