loading...

SAMM Sedia Bincang ‘Halalkan’ Ganja Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia, SAMM akan berbincang dan mempertimbangkan isu menghalalkan pengguna ganja di Malaysia.

 

Menurut Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, kajian yang teliti perlu bagi memastikan keputusan yang bijak untuk semua pihak dapat dibuat.

 

“Perlu kajian teliti… asasnya bagi saya semua benda kika disalah guna akan jadi mudarat… contohnya ubat batuk kalau guna salah pun pasti mudarat tp kita tak haramkan sepenuhnya ubat batuk.”

 

Namun penelitian terhadap aspek kawalan yang relistik menjadi fokus kerana ganja ini juga memberi kebaikkan kepada aspek kesihatan.

 

“Untuk “legelize” ganja ini perlu penelitian dan aspek kawalan yang realistik.

 

“namun SAMM sedia ke arah membincangkan legalize ganja ini kerana ada aspek perubatan juga.

 

“Aktiviti melumba haram (merempit) pakai motor tp nak benteras lumba haram kita tak boleh haramkan motor.” katanya.

 

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan mencadangkan agar Kajian terhadap pengharaman terhadap ganja dikaji semula.

Previous
Next Post »
loading...