Kuala Lumpur – Bukit Aman akan memanggil anak lelaki bekas Timbalan Perdana Menteri, Farhan Yassin yang dikatakan cuba menghina pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya memberitahu, tindakan memanggil anak kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin itu bagi memberi peluang kepadanya menjelaskan apa yang dimaksudkannya berhubung tindakan mengubahsuai logo pasukan itu.
Gambar logo pasukan itu yang diubah suai dan ditambah gambar uncang duit dimuat naik di akaun Instagram milik Farhan, baru-baru ini.
“@PDRMsia akan panggil Farhan Yassin utk dia jelaskan apa yg dimaksudkan dgn tanda (wang) di Crest PDRM yg beliau siarkan di Instagramnya,” katanya.
SuaraTV sebelum ini melaporkan tindakan Farhan yang mengundang rasa kurang senang di kalangan pengguna media sosial kerana menghina PDRM apabila memuat naik gambar tersebut.
Tidak lama selepas itu, Farhan kemudinnya bertindak memadamkan gambar tersebut dari akaun miliknya.- SuaraTV