loading...

PM Lawat Bung Moktar

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin amat terharu dengan lawatan mengejut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pagi tadi.

 

Beliau yang masih menerima rawatan susulan di sebuah hospital di ibu negara selepas dimasukkan ke hospital itu sejak 7 Februari, sebaik sahaja selesai menjalani pembedahan di China, akhir bulan Januari lalu.

 

“Kehadiran PM akan terus memberi kekuatan kepada saya untuk meneruskan perjuangan dimasa akan datang,” ujar Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional itu.

 

Menurutnya, lawatan itu menunjukkan bahawa Perdana Menteri amat prihatin dengan rakan-rakan seperjuangan.

 

Bung Moktar berkata, beliau masih dalam pemantauan doktor bagi rawatan susulan untuk memastikan dirinya pulih sepenuhnya.

 

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu sebelum ini menerima rawatan lebih tiga bulan di China termasuk dialisis empat kali seminggu sebelum pembedahan pada 27 Januari lalu.-SuaraTV

Previous
Next Post »
loading...