loading...

Kerajaan Perancis Janji Bela Nasib Anwar

KUALA LUMPUR – Pengerusi Otai Reformis, Saari Sungib membuat pertemuan dengan Kedutaan Perancis berkaitan isu pemenjaraan dan masalah kesihatan yang dialami bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Beliau berkata, selepas pertemuan itu, satu kesepakatan telah dicapai malah Kedutaan Perancis sedia membuat pertemuan secara tertutup dengan kerajaan Malaysia bagi membincangkan permasalahan tersebut.

 

“Kita terharu dimana sebuah Kerajaan Perancis (negara besar) sanggup memperjuangkan hak asasi manusia sekali gus menjanjikan bantuan.

 

“Mereka juga nyatakan akan berjumpa dengan kerajaan Malaysia secara tertutup,” katanya ditemui di hadapan Kedutaan Perancis, petang tadi.

 

Sehubungan itu, mendakwa Kedutaan Perancis telah sedia maklum mengenai perkembangan Anwar pihak kedutaan turut memahami situasi yang dihadapi bekas ketua pembangkang itu.

 

Sementara itu, Otai Reformis kini dalam usaha untuk membawa isu Anwar ke setiap kedutaan di Malaysia.

 

Terdahulu, Otai Reformis telah membawa isu Anwar Ibrahim ke Kedutaan Amerika Syarikat dan yang terbaharu ke Kedutaan Perancis.-SuaraTV

Previous
Next Post »
loading...