loading...

IS Pancung Remaja Dengar Lagu

MOSUL- IRAQ. Gara-gara mendengar muzik pop menerusi pemain CD mudah alih, seorang remaja dipancung oleh militan IS.

 

Ayham Hussein, 15, ditahan oleh kumpulan militan itu ketika mendengar muzik di kedai runcit milik bapanya di barat Mosul, Iraq.

 

Remaja itu dipaksa hadir pada perbicaraan mahkamah Islamist dan kemudiannya dihukum pancung di hadapan khalayak.

 

Mayatnya diserahkan kepada keluarganya, Selasa lalu.

 

Ia dipercayai kes pertama di bandar tersebut dan mencetuskan kemarahan masyarakat tempatan.

 

Dalam satu kenyataan dua tahun lalu, kumpulan itu telah menyatakan pengharaman ke atas lagu-lagu atau muzik dimainkan sama ada dalam kereta, di tempat awam, kedai dan pasaraya.

 

IS juga turut melarang sebarang penggantungan poster potret di kedai dan pasaraya, laporan portal antarabangsa, MDetro.co.uk.

Previous
Next Post »
loading...