KUALA LUMPUR – Pengacara terkenal Aznil Nawawi bakal terlibat dalam acara karpet merah pada acara Academy Awards ke-88 di Dolby Theatre, Los Angeles, California, Amerika Syarikat yang berlangsung pada 28 Februari ini, buat kali kedua.
Aznil, 53, bertolak ke Los Angeles jam 1 pagi tadi.
Menurutnya, beliau diberi kepercayaan sekali lagi untuk menjadi wartawan pada acara bagi program HBO Sentral.
Tahun lalu, pada acara yang sama beliau telah menemuramah beberapa bintang terkenal seperti J.K Simmons dan Rubert Duvall.