loading...

Ahmad Bashah Terima Tekanan Tukar EXCO

Kuala Lumpur – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dikatakan telah menyatakan hasrat untuk mengekalkan kesemua sembilan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) di bawah pentadbiran bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

 

Bagaimanapun hasrat Ahmad Bashah itu dikatakan ditentang penyokongnya yang meminta supaya perubahan dilakukan dengan menggantikan beberapa EXCO baharu.

 

Antara nama yang dikatakan mendapat sokongan untuk dipertimbangkan menjadi EXCO ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lada, Ahmad Lebai Sudin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Merdeka, Ali Yahaya.

 

Majlis mengangkat sumpah barisan EXCO Kedah dijadual pada Isnin ini di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, Alor Setar.

 

“Setakat ini Menteri Besar hendak mengekalkan dahulu barisan EXCO yang dah dilantik di bawah pentadbiran yang lalu, mungkin portfolio sahaja yang akan berubah,” kata sumber, lapor Mstar.

 

Tiga EXCO sedia ada yang dikatakan penyokong kuat Mukhriz- Datuk Norsabrina Mohd Noor, Datuk Aminuddin Omar dan Datuk Suraya Yaacob dikatakan akan digugurkan.

 

Menurut laporan itu lagi, Ahmad Bashah enggan menggugurkan Suraya kerana beliau juga EXCO Pergerakan Wanita Umno Malaysia dan mempunyai penyokong yang besar dalam kalangan sayap Wanita manakala Norsabrina pula merupakan ketua Pergerakan Puteri UMNO Kedah yang juga mempunyai pengaruh yang besar dalam kalangan anggota-anggota Puteri.

Previous
Next Post »
loading...