loading...

‘Jong Nam Mati 20 Minit, Kimia VX Sangat Kuat’

KUALA LUMPUR — Laporan autopsi ke atas Kim Jong-nam menunjukkan abang kepada pemimpin Korea Utara itu Kim Jong-un meninggal dunia dalam masa 15 hingga 20 minit selepas diserang menggunakan agen saraf, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam.

 

Dua wanita dilaporkan menyapu mukanya dengan tapak tangan mereka mengandungi cecair beracun yang dikenal pasti sebagai ajen saraf VX, yang dikategorikan sebagai senjata kimia.

 

“Dosnya sangat tinggi … ia memberi kesan kepada jantung, paru-paru, dan menyerang segala-galanya.

 

“Ia hanya memerlukan 10 miligrammes (VX) untuk diserap ke dalam sistem (untuk menyebabkan kematian),” katanya kepada pemberita selepas satu majlis di sini semalam.

 

Laporan awal yang disediakan oleh Jabatan Kimia berkata VX dikesan susulan analisis ke atas calitan yang diambil daripada muka dan mata Jong-nam.

 

Dr Subramaniam berkata laporan autopsi itu akan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

 

Jong-nam dilaporkan menunggu untuk menaiki penerbangan ke Macau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala lumpur 2 (klia2) pada 13 Feb apabila dia diserang.

 

Beliau segera dibawa ke Hospital Putrajaya Hospital tetapi meninggal dunia dalam perjalanan. Jong-nam tiba di Malaysia pada 6 Februari dan menggunakan pasport tertera nama Kim Chol.

 

Sementara itu, Dr Subramaniam berkata beliau telah mengarahkan kakitangan perubatan yang menguruskan kes Jong-nam supaya menjalani pemeriksaan perubatan.

 

Beliau berkata setakat ini mereka tidak menunjukkan apa-apa tanda mengalami masalah perubatan.

 

Bagaimanapun, beliau berkata, kesan akibat terdedah kepada bahan itu mungkin dapat dilihat kemudian jika sejumlah kecil bahan itu digunakan.

 

“Justeru, kita perlu memantau keadaan mereka selama dua atau tiga minggu,” kata beliau. — Bernama

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...