loading...

Trump Tuduh Obama Dalang Bocor Maklumat

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menuduh Barack Obama sebagai dalang di sebalik protes yang berlaku menentang pentadbirannya.

 

Trump percaya, kumpulan yang masih setia kepada bekas presiden Amerika itu adalah antara punca kepada kebocoran maklumat yang didepani pentadbirannya.

 

Beliau membuat kenyataan berkenaan dalam temubual bersama Fox News.

 

“Tidak, saya rasa Obama merupakan individu disebalik semua ini. Kebocoran maklumat yang berlaku tidak baik dari segi konteks keselamatan negara.

 

“Tetapi saya juga faham, itulah politik. Dan Obama di belakang semua ini, juga politik dan ia juga mungkin akan berterusan,” katanya.

 

Sebelum ini, setiausaha akhbar White House dikritik kerana memeriksa semua telefon bimbit pembantunya untuk melihat siapa yang memberikan maklimat ke pihak luar.

 

Menurut Trump, Sean Spicer seharusnya mengendalikan kes ini secara satu sama satu dan bukan secara umum.
Dalam masa yang sama, pentadbiran Trump akan mengambil tindakan yang keras untuk menghalau orang yang tinggal di Amerika secara haram.-Awani



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...