KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mencadangkan supaya Jawatankuasa Perundingan Pembahagian Kerusi Pilihan Raya antara parti itu dan Pakatan Harapan (PH) mengadakan rundingan semula dalam tempoh terdekat.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata ia kerana jawatankuasa terbabit mengadakan perbincangan tanpa kehadiran PPBM baru-baru ini.
Katanya, PPBM sudah menyiapkan kajian pembahagian kerusi pilihan raya yang komprehensif menggunakan kaedah penelitian rapi serta berdasarkan data dan analisis sentimen yang terkini.
“PPBM hanya memerlukan sedikit masa lagi untuk pucuk pimpinan parti PH dan PPBM berbincang serta memutuskan prinsip asas pembahagian kerusi pilihan raya seperti
“PPBM mencadangkan supaya perbincangan menerusi jawatankuasa perundingan itu ditangguhkan dahulu, namun jawatankuasa terbabit meneruskan perbincangan tanpa kehadiran PPBM.
Perkara itu bagaimanapun sudah dimaklumkan kepada kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Media sebelum ini melaporkan wakil PPBM tidak hadir dalam mesyuarat rundingan agihan kerusi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata ia sepatutnya dihadiri oleh Mukhriz dan Naib Presiden PPBM, Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

#autoshanghai2025: Chery Tiggo 9 Chs Phev Akan Jad ...

Tahniah Anakku Untuk Kejayaan Cemerlang Dalam Spm ...

Kad Pekerja Madani Diperkenal, Lebih 1 Juta Ahli N ...

#autoshanghai2025: Suv Off-road Jetour G700 Rasmi ...