loading...

Bersorak Lihat Cincin Berapi Dilangit

Sarmiento (Argentina) –  Pengkaji bintang dan peminat astronomi di sini bertepuk tangan apabila kawasan itu gelap selepas gerhana matahari yang dipanggil ‘ring of fire’ atau cincin berapi pada Ahad.

 

 

Kira-kira 300 orang berkumpul berhampiran Sarmiento, Argentina di mana gerhana itu meninggalkan ‘cincin’ terang di langit gelap.

 

 

Menggunakan teleskop khas, cermin mata pelindung atau peranti lubang jarum buatan sendiri, mereka menyaksikan matahari yang hampir sepenuhnya dilindungi bulan.

 

 

Beberapa pemerhati turut meniupkan hon ‘erke’ iaitu hon panjang tradisional Amerika Selatan.

 

 

Mereka antara orang pertama dapat menyaksikan gerhana matahari anulus yang berlangsung kira-kira 12 tengah hari GMT (8 malam waktu Malaysia), semalam.

 

 

Gerhana matahari anulus berlaku apabila Bumi, bulan dan matahari sebaris. Namun, bulan masih terlalu jauh dari Bumi untuk melindungi matahari sepenuhnya dan sebaliknya menyebabkan bentuk cincin kelihatan.

 

 

Gerhana itu paling sesuai dilihat dalam kawasan 100 kilometer merentasi Chile, Argentina, Angola, Zambia dan Republik Demokratik Congo.
Seorang daripada pemerhati, Jose Maselles Roman datang dari Barcelona, Sepanyol untuk menyaksikan gerhana itu.

 

 

“Saya sudah menyaksikan enam gerhana anulus dan setiap satu berbeza,” katanya.

 

 

Sementara itu, Terry Moseley daripada Persatuan Astronomi Ireland berkata, kira-kira 90 peratus permukaan matahari ditutup.

 

 

“Anda akan mengalami penurunan suhu dan kecerahan serta perubahan dalam kualiti cahaya yang sukar untuk diterangkan,” katanya.-Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...