loading...

Kompleks Mahkamah Sepang Jadi Tumpuan Kes Jong-nam Pagi Ini

 

SEPANG – Kompleks Mahkamah Sepang di sini menjadi tumpuan media tempatan dan antarabangsa apabila pertuduhan terhadap dua suspek kes pembunuhan Kim Jong-nam akan dilakukan hari ini.

 

Pihak media tiba seawal 5 pagi untuk beratur di luar kompleks mahkamah itu dalam usaha untuk mendapatkan peluang mengikuti prosiding pendakwaan itu.

 

Pintu pagar kompleks mahkamah ditutup dan dikawal ketat oleh pihak polis.

 

Hanya kenderaan kakitangan di mahkamah berkenaan dibenarkan masuk.

 

Kaunter pendaftaran untuk media dan peguam diletakkan di bawah kanopi di sebelah pintu pagar kompleks mahkamah berkenaan.

 

Orang awam yang menggunakan laluan di hadapan kompleks berkenaan memperlahankan kenderaan masing-masing kerana kehairanan melihat ramai yang beratur di luar kompleks mahkamah itu sejak awal pagi. – Bernama

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...