GEORGIA, AMERIKA SYARIKAT – Seorang lelaki didakwa menembak mati seorang lelaki hanya kerana bergaduh berhubung telefon bimbit.
Metro melaporkan, kejadian itu dirakam kamera keselamatan, De’Andre Malik Thomas, 20, menyerah diri kepada polis, Jumaat lalu selepas menembak mati Kareem Mano, 25, sehari sebelumnya.
Mano yang mempunyai seorang anak lelaki yang berusia sebulan mati selepas ditembak berulang kali ketika melarikan diri daripada Thomas di luar sebuah kedai runcit di Bloomfield.
Syerif Daerah Bibb, David Davis berkata, dua lelaki itu bertengkar mengenai telefon bimbit yang dipercayai dijual Thomas kepada adik perempuan kepada teman wanita
Mereka berjumpa di tempat kejadian untuk membincangkan penyelesaian tetapi bertukar menjadi pertengkaran sebelum Mano dilihat mengeluarkan pistol tetapi kemudian menyimpannya semula.
Dua lelaki itu kemudian sekali lagi bertengkar sebelum Thomas pula mengeluarkan pistol dan terus menembak Mano yang cuba menyelamatkan diri sebelum dilihat rebah.
Rakaman tamat dengan Thomas menghilangkan diri manakala seorang pemandu dilihat keluar membantu Mano.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Serasi Nampak Dengan Bakal Adik Ipar Ramai Ca ...

Warga Emas Terlepas Tali Gantung, Dibebaskan Pertu ...

Pemancing Disyaki Disambar Buaya Di Limbang ...

Masya-allah Comel Sangat Neelofa Puji Imej Ame ...