loading...

Pesawat Buatan Sendiri Terhempas

METHUEN, Massachusetts – Seorang juruterbang terbunuh selepas pesawat buatan sendiri yang dipandunya terhempas di atas bumbung sebuah kondominium di sini.

 

Bagaimanapun, pihak polis berkata, tiada penghuni kondominium itu dilaporkan cedera. Bangunan itu di seberang Sungai Merrimack.

 

Pihak Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) berkata, ketika kejadian pesawat itu sedang dalam ujian akhir penerbangan.

 

Pegawai polis Methuen, Leftenan Stephen Smith, berkata hanya beberapa penghuni berada di dalam bangunan itu ketika kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 1 tengah hari, semalam.

 

Sementara itu, rakaman televisyen dan gambar menunjukkan bahagian ekor pesawat satu enjin itu tersangkut pada bumbung kondominium berkenaan.

 

Menurut saksi, Keith Lontine kepada saluran televisyen kabel New England, pesawat itu seperti menjunam secara tiba-tiba. – AP/BH



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...