KOTA BHARU – DAP dilihat semakin bankrap idea apabila menghujahkan pelbagai dakwaan yang tidak masuk akal melibatkan perjuangan Pas, sejak kebelakangan ini.
Ketua Penerangan Pemuda Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, mungkin DAP lupa, segala tuduhan dan pandangan yang tidak benar berkenaan Pas itu adalah mencerminkan parti mereka sendiri.
“Mereka lupa bahawa dalam keadaan mereka menuduh pas dengan pelbagai tuduhan, tiba-tiba pemimpin mereka sendiri yang melompat keluar daripada parti dan sebagainya.
“Sebagai pemimpin ‘lama’, saya nasihatkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang fikir tentang masa depan parti sendiri, tidak perlu menabur pelbagai dakwaan yang akhirnya merugikan semua pihak,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Beliau mengulas mengenai tindakan Lim Kit Siang yang didakwa cuba membezakan Pas zaman keberadaan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan zaman Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ahmad Fadhli
Malah Ketua Pemuda Pas negeri itu juga memberitahu, tindakan itu tidak ubah seperti memperlihatkan DAP kini berada dalam situasi yang tidak tenang dan gelabah dengan keadaan politik semasa.
“Lim Kit Siang berkata, Pas pada zaman Tuan Guru Haji Hadi sudah berbeza dengan Pas di zaman Tuan Guru Nik Aziz, dalilnya apabila ada ‘akar umbi’ Pas yang mengadakan demonstrasi mengangkat sepanduk mengecam pimpinan DAP dan beberapa pimpinan parti yang lain.
“Siapa ‘akar umbi’ Pas itu? Jika Pas ingin mengerahkan penyokongnya, lihat sahajalah Himpunan RUU 355. Melabel demonstrasi sekecil itu yang entah dari mana datangnya sebagai mewakili Pas, adalah satu kenyataan bankrap idea,” katanya. – Sinar
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Penangan Watak Walid, Anak Dara Mesej Nak Jadi Is ...

Krisis Kecederaan Jejas Bayern Layan Inter ...

Pilu Raya Keenam, Tujuh Sekeluarga Hilang Tempat T ...

Dituduh Tak Ada Class Gara-gara Perli Bekas Suam ...