JURULATIH Liverpool, Jurgen Klopp hilang kata-kata apabila menyaksikan anak-anak buahnya dimalukan pasukan di zon penyingkiran, Leicester City 3-1 dalam saingan Liga Perdana England (EPL) di Stadium King Power semalam.
“Saya masih boleh terima jika kami kalah tetapi bermain dengan baik, namun aksi kami hancur. Saya tidak tahu nak berkata apa lagi,” ujar pengendali dari Jerman itu.
Jamie Vardy menjadi ‘duri dalam daging’ buat The Reds apabila meledak dua gol, manakala Danny Drinkwater menjaringkan satu gol.
Gol tunggal Liverpool pula dijaringkan oleh pemain tengah The Reds, Philippe
Kejayaan Leicester itu menyaksikan The Foxes kembali bernyawa ekoran prestasi goyah sehingga menyebabkan Claudio Ranieri dipecat dan digantikan oleh Craig Shakespeare.
“Mereka (pemain) terpaksa menerima banyak kritikan sejak beberapa hari yang lalu. Saya dapat lihat kemahuan yang sangat tinggi dalam diri setiap pemain kerana mereka tidak mudah mengaku kalah, serta sentiasa berjuang habis-habisan.
Hasil kemenangan itu Leicester melonjak ke tangga ke-15 liga dengan 24 mata, manakala Liverpool di kedudukan kelima dengan 49 mata.-Kosmo
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Erra Fazira Dedah Keistimewaan Mr.e Yang Ramai Tak ...

Tiada Individu Yang Terkorban Dalam Insiden Kebaka ...

Hilang 8 Hari Selepas Keluar Jumpa Rakan, Lelaki D ...

Pemandu Lori Parah Diserang Harimau Kumbang ...