Bayangkan dengan tumor seberat 10 kg di atas bahunya, Watchara Nadee atau dikenali sebagai Kru Lek, masih boleh menjalankan tugasnya sebagai guru di Kolej Teknikal Nakhorn Sawan, Thailand.
Dia turut menganggap pelajarnya di kolej tersebut sebagai pembakar semangat untuk terus mengajar, walaupun di bahunya menanggung beban yang berat.
Kru Lek mula menghidap tumor berkenaan tahun lepas, namun ketika itu keadaannya tidaklah seteruk sekarang.
Apabila tumor itu semakin membesar, Kru Lek terpaksa mendapatkan rawatan rutin di hospital.
Sebagai seorang guru, Kru Lek hanya mempunyai akses kepada insuran perubatan sebanyak £2,200 setahun.
“Jika rawatan itu menelan kos yang tinggi iaitu tiga kali ganda daripada nilai insurans berkenaan, maka dia akan mengurangkan tahap rawatan, menjadikan kosnya sama seperti nilai insurans yang diperolehinya,” kata kawannya Monk Bhin.
Kru Lek yang terpaksa menjaga ibunya yang sudah tua dan lumpuh itu sedaya mungkin cuba menyembunyikan tumor berkenaan dengan menutupnya menggunakan skaf.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW