loading...

Ary Masih Belum Sedar

Kuala Lumpur : Pelakon dan personaliti TV, Ary Malik, 46, yang dilaporkan kritikal akibat kanser ovari tahap empat selepas dimasukkan ke Hospital Ampang, di sini, kelmarin masih belum sedarkan diri.

 

Suaminya, Shahrul Nizam Shaharuddin, 46, ketika dihubungi berkata, mereka sedang menunggu keputusan pemeriksaan terkini daripada doktor pakar di hospital itu.

 
“Bagaimanapun, saya dimaklumkan doktor terbabit berada di luar daerah dan hanya akan kembali bertugas hari ini atau esok.

 

“Doktor lain sudah tahu keputusan hasil pemeriksaan itu tetapi mereka terpaksa menunggu doktor pakar itu untuk memaklumkan kepada kami kerana mereka tidak mahu berlaku sebarang kesilapan,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

 

Ary atau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Malik yang pernah mengacara program MTV mula dikesan mengidap kanser ovari hampir setahun lalu.

 

Dia sudahpun menjalani pembedahan bagi membuang kanser terbabit di Hospital Tuanku Mizan,Wangsa Maju, di sini, Mei lalu dan mengikuti sesi rawatan kimoterapi selepas itu.

 

Tiga anak mereka iaitu Nurh Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13, dan Ratu Chinta Mecca Malik, 11, yang tahu mengenai penyakit ibu mereka sejak awal mula dapat menerima kenyataan keadaan ibu mereka ketika ini.-Hmetro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...