loading...

Syarikat ‘Risikan’ Korea Utara Dibatalkan Pendaftaran

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dua syarikat Malaysia yang didakwa mempunyai kaitan dengan agensi risikan Korea Utara sedang dalam proses dibatalkan pendaftarannya.

 

Khalid merujuk kepada International Global System Sdn Bhd dan International Golden Services Sdn Bhd yang dilapor mempunyai kaitan dengan Glocom – syarikat yang digerakkan oleh agen risikan Korea Utara yang beralamat di Brickfields, Kuala Lumpur.

 

Katanya, sumber laporan itu sendiri telah mengukuhkan kenyataan bahawa tiada syarikat bernama Glocom wujud di Malaysia.

 

“Bagaimanapun, ia menyebut bahawa laman web Glocom.my didaftarkan pada 2009 oleh entiti dikenali sebagai International Global Services.

 

“Syarikat yang namanya hampir sama International Golden Services, disenaraikan untuk tujuan perhubungan di laman web itu,” katanya.

 

Galcom dikendalikan oleh ejen perisikan Korea Utara yang menjual peralatan radio perang yang melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menurut laporan badan dunia itu yang disediakan untuk Majlis Keselamatan dan dilihat oleh Reuters.

 

Agensi berita itu mendapati Glocom mengiklankan lebih 30 sistem radio untuk organisasi “tentera dan separa tentera” di laman web di Malaysia, glocom.com.my.

 

Glocom dilapor dikawal oleh Reconnaissance General Bureau, agensi risikan Korea Utara yang ditugaskan untuk operasi luar dan perolehan senjata, kata laporan itu, tanpa menyatakan bagaimanapun maklumat itu diperoleh.-Malaysiakini



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...