loading...

Raja Salman Berangkat Pulang Pagi Tadi

SEPANG – Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud selamat berangkat pulang selepas menamatkan lawatan negara selama empat hari ke Malaysia.

 

Raja Salman yang juga Penjaga Dua Masjid Suci tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 11.25 pagi tadi.

 

Baginda kemudian disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum diiring menuju ke pesawat rasmi baginda untuk keberangkatan pulang.

 

Turut mengiringi baginda, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

 

Pesawat rasmi membawa baginda kemudian bergerak meninggalkan Kompleks Bunga Raya pada jam 11.45 pagi bagi meneruskan lawatan rasmi ke Indonesia.

 

Raja Salman melakukan lawatan sulung ke Malaysia atas jemputan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bermula 26 Februari lalu dan berakhir hari ini.

 

Sepanjang lawatan itu, baginda mengadakan pertemuan tertutup dan mesyuarat dua hala bersama Najib, selain menghadiri beberapa program rasmi.

 

Raja Salman turut dianugerahkan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) oleh Sultan Muhammad V.

 

Selain itu baginda turut dianugerahkan dua Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dari Universiti Malaya (UM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). – BH



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...