KANGAR – Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyarankan lelaki yang berkemampuan supaya cepat berkahwin untuk memperoleh zuriat dan secara langsung menambah bilangan penduduk negeri Perlis.
Katanya Islam menuntut lelaki yang berkemampuan zahir dan batin berkahwin dan tidak wajar melengahkannya kerana sikap demikian menyebabkan bilangan umat Islam lambat bertambah.
“Saya harap mereka berani menyahut cabaran ini namun mereka juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan selain bertanggungjawab,” kata Mohd Asri dalam ceramah mingguannya di Masjid Alwi di sini malam tadi.
Beliau turut menyarankan golongan muda
Dalam hubungan ini, ibu bapa sebaiknya tidak meletakkan hantaran atau belanja tinggi perkahwinan anak-anak gadis mereka sehingga membebankan pihak lelaki, kata Mohd Asri.
“Hantaran perkahwinan adalah adat sedangkan Islam hanya menuntut mas kahwin,” katanya dan menambah ibu bapa seharusnya mengutamakan kesejahteraan jangka panjang anak-anak mereka dengan berusaha mencegah kemungkaran.-Bernama
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Final Piala Malaysia: Skuad Tok Gajah Sedikit Temp ...

Anwar Ibrahim Tegur Individu Besarkan Isu Kuil, Ab ...

#hiburan: Trend Berjoget Untuk Terima Duit Raya B ...

Suami Bijak Paksa Isteri Minta Maaf Tengah Laut ...