loading...

“Perkongsian Di Instagram Bukan Nak Menunjuk”

Tidak dapat dinafikan, pasangan Noh Hujan dan juga Mizz Nina seringkali mendapat perhatian peminat dan pengikut mereka di laman sosial apabila sang suami memuatnaik perkongsian mereka berdua bersama.

BACA: Mizz Nina, Noh Tak Tertekan Disoal Tentang Zuriat

“Kemesraan yang saya tunjuk di Instagram itu adalah untuk isteri saya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau tujuan lain. Lagi pula ia merupakan perkara yang positif untuk hubungan kami, saya tidak sangka pula ramai yang menjadikan perkara sebagai inspirasi”

“Pada saya tanggungjawab sebagai selebriti menyebarkan perkara-perkara yang baik dan harus gunakan laman sosial untuk sesuatu perkara yang berfaedah. Lagi bagus jika apa yang dikongsi itu menjadi inspirasi kepada orang lain,” katanya kepada mStar Online.

Manakala bagi Mizz Nina pula, suaminya itu sememangnya seorang yang romantik dan pandai menjaga hatinya namun dalam masa yang sama mereka juga meletakkan batasan tertentu kerana bukanlah semua perkara boleh dikongsikan kepada masyarakat. (rtky/s)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...