loading...

Faiz Subri Terima Pingat Daripada Sultan Kedah

ALOR SETAR – Pemenang gol tercantik Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd Faiz Subri hari ini menerima pingat Ahli Cemerlang Semangat Jerai Kedah (A.S.K) daripada Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

 

Mohd Faiz menerima pingat itu pada majlis Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran sesi kelapan di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, di sini.

 

Beliau merupakan antara 164 penerima darjah dan bintang kebesaran sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-89. Pemain Pulau Pinang berusia 30 tahun itu mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama dikurniakan anugerah itu pada 9 Jan lepas menerusi jaringan ajaib semasa perlawanan Liga Super antara Pulau Pinang menentang Pahang pada 16 Feb tahun lepas.

 

Turut menerima pingat A.S.K ialah 31 pegawai dan pemain Kedah, antaranya Mohd Syazwan Zainol, Muhammad Shafiq Ahmad , Abdul Halim Saari, Mohd Ifwat Akmal Che Kassim, Ahmad Fakhri Saarani dan Mohd Rizal Ghazali.

 

Kapten pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar, Khairul Helmi Johari dan Abdul Hadi Abdul Hamid pula menerima Bintang Kebaktian Masyarakat (B.K.M) manakala pemain import, Sandro Da Silva menerima pingat Ahli Cemerlang Semangat Jerai Kedah Kehormat.-Bernama



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...