loading...

Keputusan STPM 2016 Catat Peningkatan

PUTRAJAYA – Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 menunjukkan peningkatan dengan catatan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Nasional meningkat kepada 2.71 berbanding 2.65 pada tahun 2015.

 

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak, berkata bilangan calon yang memperoleh PNGK 4.00 bertambah kepada 565 calon iaitu 1.31 peratus berbanding 335 calon (0.80 peratus) pada 2015.

 

Katanya, peratusan calon yang mendapat PNGK 3.00 ke atas juga meningkat kepada 37.62 peratus (16,263 calon) pada 2016 berbanding 33.97 peratus (14,263 calon) pada 2015.

 

“Bilangan calon yang mendapat PNGK 2.75 ke atas juga meningkat daripada 20,359 calon pada 2015 kepada 22,407 calon pada 2016,” katanya.

 

Beliau berkata demikian pada majlis pengumuman keputusan STPM 2016, di sini, sebentar tadi. – BH



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...