loading...

PM Lawat Kediaman Moden Residensi Kerinchi

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi meluangkan masa melawat Residensi Kerinchi, kediaman moden bersepadu yang dibina khusus untuk penduduk awal mendiami kawasan Bukit Kerinchi.

 

Perdana Menteri turut meninjau kemudahan yang dibina di pangsapuri untuk kemudahan penduduk seperti surau, medan selera, taman permainan, taska, dewan serba guna dan kolam renang sempena Majlis Perasmian Residensi Kerinchi dan Kenduri 1Wilayah Persekutuan.

 

Beliau diiringi Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar, Tan Sri Noh Omar; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz dan Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

 

Residensi Kerinchi dibina oleh Sez Domaind Sdn Bhd bagi menggantikan Rumah Pangsa Kampung Kerinchi, rumah pangsa tiada bilik atau satu bilik setinggi empat tingkat dibina Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada tahun 1972.

 

Rumah pangsa berkenaan dirobohkan empat tahun lalu dan digantikan dengan pembinaan pangsapuri moden setinggi 18 tingkat yang mempunyai tiga bilik dan dua bilik air akan memberikan keselesaan kepada seramai 472 bekas penghuninya. – BH



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...