Ketika lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ke Malaysia disambut sinis oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Indonesia pula sebaliknya apabila negara berkenaan telah menyediakan karpet merah bagi menyambut kedatangan baginda ke negara itu.
Ini kerana Indonesia juga sedar bahawa kunjungan baginda bukan sekadar kepada upacara simbolik semata-mata malah memberikan manfaat kepada kedua negara.
Arab Saudi telah memberikan kuota haji berjumlah 211,000 kepada Indonesia dan telah bersetuju untuk menambah 10,000 lagi pada tahun ini.
Selain itu, lawatan berkenaan juga diharapkan dapat menjana pelaburan bernilai berbilion dolar dengan tumpuan adalah pelaburan sebanyak $25 bilion dolar termasuk $6 bilion projek dengan Aramco.
Raja Salman bersama dengan 1,500 pegawai, kerabat dan ahli perniagaan Arab
Menurut pemerhati Asia Barat, Dr Yon Machmudi, lawatan rasmi Raja Salman ke Indonesia akan memberikan signifikan kepada kedua-dua negara.
“Lawatan ini amat penting kerana ia merupakan yang pertama daripada Raja Arab Saudi ke Indonesia sejak 47 tahun dan perubahan kepada politik dunia, terutama kepada Islam dan Asia barat,” katanya.
Mahathir sebelum ini menyatakan ada pemimpin negara asing datang ke Malaysia bukan atas dasar persahabatan tetapi kerana sesuatu yang ‘diberikan’ oleh perdana menteri kepada mereka.
Meskipun tidak menyebut nama pemimpin berkenaan, beliau dipercayai merujuk kedatangan Raja Salman.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Kongsi Video Di Mahkamah, Isteri Azlan Komeng Beri ...

Bella Astillah Suruh Syed Saddiq Cakap Kelantan [v ...

#hiburan: Belum Diklasifikasi Sebagai Kes Jenayah, ...

10 Tahun Hubungan Haram, Kim Minhee Lahir Anak Lua ...