HARGA minyak petrol bulan hadapan dijangka tidak berubah akibat tiada perubahan ketara pada kadar pertukaran mata wang ringgit kepada dolar Amerika Syarikat (AS) dan harga minyak mentah dunia.
Demikian ramalan dibuat oleh pakar ekonomi tempatan, Datuk Chua Tia Guan seperti dilaporkan China Press.
Tia Guan memberitahu, mengikut harga minyak mentah dunia pada bulan ini dan bulan lepas, tiada perbezaan yang besar iaitu berada di paras antara AS$55-AS$57 setong.
“Ditambahkan pula tiada perbezaan yang banyak pada
kadar pertukaran mata wang ringgit kepada dolar AS, saya boleh meramalkan harga minyak pada bulan hadapan adalah sama seperti bulan ini,” kata beliau yang juga Ketua Khidmat Rundingan Cukai dan Kewangan Great Vision Advisory Group.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Tian Guan menegaskan, ramalannya adalah berdasarkan pada kedudukan semasa harga minyak mentah dunia dan bukan pada Mean of Platts Singapore (MOPs) yang membuat penarafan dan menilai kos minyak secara purata setiap hari.-Sinar
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Sri Pahang Fc Bakal Ikut Jejak Langkah Perak Fc Ta ...

Bubur Anak Lebah, Macam Cendol Tapi Bukan. Rasa Me ...

Satu-satunya Selebriti Saya Belum Pernah Jumpa Ia ...

Dayang Nurfaizah Bahagia, Sedang Mengenali Si Dia ...