Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir sebelum ini telah mengesahkan sumbangan derma RM2.6 bilion daripada keluarga diraja Arab Saudi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak adalah tulen tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripadanya.
Ia turut mendapat perhatian media antarabangsa seperti The Express Tribune, Jakarta Globe dan Reuters yang kemudiannya menyiarkan kenyataan berkenaan, sekali gus mengesahkan sumber wang berkenaan.
Namun seperti biasa, ia tidak diterima oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pembangkang yang terus mencari idea untuk menyerang Perdana Menteri, hingga ke satu tahap ada pemimpin pembangkang yang menawarkan kepada Menteri Luar Arab Saudi itu untuk tampil memberikan penjelasan di hadapan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Bagaimanapun dengan kehadiran Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ke negara ini maka ia telah menjawab semua tuduhan yang dilemparkan kepada Najib.
Jika benarlah Najib menyalahguna wang terbabit, tidak mungkin baginda akan datang ke Malaysia dan pada masa sama sudah tentu baginda tidak akan mengumumkan kerjasama dengan nilai pelaburan yang begitu besar kepada negara ini.
Baginda telah menandatangani tujuh memorandum persefahaman (MoU) perniagaan bernilai RM9.74 bilion dan bukan itu sahaja, sebaliknya kira-kira RM30 bilion bakal dijana menerusi kerjasama Saudi Aramco dengan Petronas sebagai rakan pelaburan dalam projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor.
Apa yang pasti, Raja Salman tidak perlu mengadakan sidang media untuk mengesahkan mengenai derma RM2.6 bilion itu namun dari segi kesudian baginda berkunjung ke Malaysia dan berminat untuk menjadikan Malaysia sebagai rakan strategik, sudah menjawab segala-galanya.
Lawatan Raja Salman ini menunjukkan bahawa selepas memberi RM2.6 bilion, Arab Saudi bersedia memberikan bantuan tambahan kepada Malaysia.
Hanya Mahathir dan pembangkang yang perlu meminta maaf kepada Najib kerana tidak putus-putus menyerang Perdana Menteri apabila menuduh dana RM2.6 billion itu datangnya dari 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW