loading...

Elak Kontroversi Berulang

Program realiti ‘gameshow’ Clever Girl Malaysia (CGM) kembali lagi untuk musim kedua. Bakal bersiaran pada Ogos depan, program berkenaan akan memulakan pencarian peserta di seluruh Malaysia bermula 1 April ini.

 

Penerbitnya, Shazreena Mohd Kassim berkata, musim kedua masih mengekalkan konsep dan kriteria sama seperti musim lalu.

 
“Kali ini ada beberapa penambahan dan penukaran pengisian program. Namun, kriteria masih sama iaitu peserta perlu berusia 18 hingga 30 tahun saja, “ katanya.

 

Mengulas kontroversi yang pernah melanda pada musim pertama, Shazreena berkata, pihaknya sentiasa belajar daripada pengalaman namun bersedia andai perlu berdepan perkara serupa sekali lagi.

 

“Kami sentiasa belajar daripada apa yang pernah berlaku dan akan lebih peka untuk musim baru ini.

 

“Kami akan cuba mendapatkan maklum balas tidak kira positif atau negatif daripada orang ramai sepanjang pencarian peserta berlangsung,” katanya.

 

Shazreena berkata, mereka masih mengekalkan Alif Satar sebagai pengacara selain ada beberapa kejutan yang akan menampilkan bekas juara dan peserta musim pertama iaitu Fatin Nuraisya dan Sarah Adiba.

 

“Kami yakin dengan kredibiliti Alif sebagai hos. Cara dia mengatasi masalah yang berlaku ketika program berlangsung meyakinkan kami Alif adalah orang yang paling layak,” katanya.

 

Sementara itu, Alif mengakui teruja apabila mendapat kepercayaan mengendalikan program interaktif itu sekali lagi.

 

“Syukur saya terpilih lagi. Walaupun perlu berdepan tekanan, saya sudah bersedia dan akan berusaha melakukan yang terbaik.

 

“Saya sedar tidak mudah mengacarakan program yang bersiaran secara langsung apatah lagi ia bukan bercorak hiburan.

 

“Jika program hiburan, saya perlu lebih santai tetapi dalam program ini perlu bijak mengawal keadaan serta kelihatan lebih bijak berbanding peserta,” katanya.

 

Alif berkata, setiap program ada cabaran tersendiri namun dia akan terus menjadi diri sendiri.

 

“Saya akui sebenarnya susah apabila menjadi pengacara yang mengendalikan program secara langsung seorang diri.

 

“Saya jadikan cara Datuk Jalaludin Hassan sebagai panduan dalam mengacarakan program ini,” katanya.

 

CGM akan mula bersiaran setiap Jumaat jam 9 malam di TV3 selama 10 minggu bermula 4 Ogos ini.-Hmetro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...