loading...

Bill Paxton Meninggal Dunia

Los Angeles: Pelakon Bill Paxton, 61, yang terkenal dengan watak angkasawan dalam filem ‘Apollo 13’ dan pemburu harta karun dalam ‘Titanic’ meninggal dunia, Sabtu lalu akibat komplikasi pembedahan.

 

Wakil keluarga mengeluarkan kenyataan pada Ahad namun tidak memberi maklumat lebih lanjut.

 

“Semangat Bill bagi industri seni jelas diketahui oleh mereka yang mengenalinya dan kemesraan serta kesungguhannya tidak dapat dinafikan,” kata kenyataan itu.

 
Keluarganya turut meminta supaya tidak diganggu buat masa ini.

 

Paxton yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat mula bekerja dalam jabatan seni pada filem Roger Corman pada zaman 70-an sebelum mendapat peluang berlakon.

 

Beliau kerap kali menjadi pilihan pengarah, James Cameron pada zaman 80-an dan 90-an dan berlakon dalam filem seperti ‘The Terminator,’ ‘Aliens’ dan ‘Titanic.’

 

Paxton meninggalkan isteri keduanya, Louise Newbury serta dua anak. Perkahwinan pertamanya kepada pelakon Kelly Rowan berakhir dengah penceraian.-Hmetro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...