MANHATTAN – Seorang guru untuk pelajar-pelajar khas mendakwa dibelasah seorang wanita yang dituduh mengabaikan anaknya.
Menurut laporan NY Post, Jennifer Golian, 29, mengesyaki sesuatu selepas dua anak Jennifer DeJesus sampai lambat ke sekolah dan berbau dadah marijuana pada Jun 2015.
Jennifer bagaimanapun tidak membuat laporan polis dengan mendakwa beliau tahu DeJesus ada ‘sejarah terlibat dalam keganasan’.
Selepas kes tersebut mendapat perhatian Pengurusan Kanak-kanak (ACS), DeJesus menyerang Jennifer ketika beliau sedang pulang dari tempat kerja.
Ketika kejadian, Jennifer cuba mendail talian kecemasan 911 tetapi DeJesus merampas telefon bimbitnya dan memijak peranti tersebut.
Serangan tersebut menyebabkan Jennifer ‘mengalami kecederaan leher dan tulang belakang yang serius’.
Selepas ditangkap dan dibicarakan, DeJesus mengaku bersalah dan beliau dihukum berada di dalam pemerhatian polis (probation) selama 3 tahun dan dilarang mendekati mangsa.
Bagaimanapun, Jennifer mendakwa beliau ‘sentiasa hidup dalam ketakutan’ dan telah memohon ditukarkan sekolah ke lokasi yang dirahsiakan.
Kini, Jennifer bertindak menyamar pengurusan bandar, ACS, pekerja yang merekod aduannya dan DeJesus atas alasan ‘namanya tidak patut didedahkan’ ketika beliau membuat aduan.
“Saya teringin melihat ACS mendapat hukuman setimpal kerana melanggar hak kerahsiaan (confidentiality). Saya cuma buat kerja saya, saya lindungi pelajar saya tetapi tiada sesiapa yang melindungi saya,” kat Jenniffer.
Sementara itu, ACS mengaku melindungi maklumat pengadu adalah penting.
“Melindungi maklumat peribadi pengadu adalah wajib. Pengurusan bandar akan melihat kembali aduan dan menyiasat apa yang sebenarnya yang terjadi,” kata jurucakap ACS.-Sinar
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW