HIKONE – JEPUN. Seorang lelaki berusia 28 tahun meninggal dunia selepas tercekik bebola nasi ketika menyertai pertandingan makan terpantas, lapor AFP.
Menurut koperasi petani tempatan yang menaja acara tersebut berkata, lelaki yang namanya dirahsiakan meninggal dunia di hospital tiga hari selepas tercekik makanan itu.
Peserta bersaing dalam pertandingan makan lima “onigiri” atau bebola nasi iaitu makanan tempatan Jepun dan perlu menghabiskan tiga set yang setiap satunya mengandungi lima onigiri.
“Set pertama dan kedua selesai, dan ketika menghabiskan set ketiga, insiden tersebut berlaku,” kata pegawai koperasi yang enggan namanya disiarkan.
Pertandingan makan terpantas adalah salah satu acara popular yang diadakan di pameran serantau di Jepun untuk mempromosikan produk tempatan dan budaya.-Sinar
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW