loading...

Gesa Segera Bebaskan Maria Chin

SHAH ALAM – Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah perlu dibebaskan segera tanpa syarat.

 

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, walaupun mengalu-alukan pembebasan mereka yang ditahan polis, pihaknya mengutuk penahanan tanpa bicara Maria di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

 

“Penggunaan undang-undang anti keganasan membendung menjalankan kebebasan hak asasi adalah tidak munasabah dan juga menyalahi undang-undang serta tidak mengikut perlembagaan

 

“Saya mohon pihak berkuasa melepaskan Maria Chin tanpa syarat,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

 

Jelasnya, kebebasan untuk mengkritik kerajaan dan berhimpun sebahagian daripada hak asasi rakyat dijamin Perlembagaan Persekutuan.

 

“Kami berpendapat ketetapan Sosma itu melanggar perlembagaan kita. Hakikatnya, ia kini alat menghentikan aktiviti sah Bersih dan mengukuhkan lagi kepercayaan kami bahawa ia bertujuan membantu mereka berkuasa untuk berpegang kepada kuasa dengan cara tidak sah,” katanya.

 

Tambah Azmin, selain penyalahgunaan undang-undang, penahanan Maria dalam sel dan cara dirawat juga melanggar kesopanan asas dan prinsip kemanusiaan.

 

Pada 19 November lalu, Maria ditahan mengikut Sosma, diikuti pemimpin dan aktivis pro Bersih.-Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...